"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 8 Mac 2017

Wikileaks Dedah Program Pengintipan CIA

Wikileaks mendedahkan dokumen sulit berhubung program pengintipan badan perisik CIA



Wikileaks diasaskan oleh Julian Asange telah mendedahkan ribuan dokumen yang didakwa diakses dari sumber CIA

Setiausaha Akhbar White House, Sean Spcer tidak menyatakan sama ada dokumen yang didedahkan tulen



WASHINGTON - Agensi Risikan Pusat (CIA) mampu menukar televisyen menjadi alat pendengar, memintas teknologi sulit aplikasi popular selain mungkin mengawal kereta berdasarkan beberapa dokumen disyaki milik badan perisikan Amerika Syarikat (AS) itu. 

WikiLeaks menerbitkan hampir 9,000 dokumen yang dibocorkan daripada CIA dan ia disifatkan sebagai penerbitan bahan risikan rahsia terbesar, setakat ini. 

"Koleksi luar biasa ini membabitkan beratus-ratus juta kod risikan dan memberikan pemiliknya kemampuan menggodam CIA," katanya sambil memberi amaran terhadap risiko pengawalan senjata siber. 

Bagaimanapun, CIA dan Rumah Putih tidak menyatakan sama ada dokumen itu tulen. 

Jika ia terbukti milik CIA, maklumat bocor itu bakal menjadi sesuatu yang amat memalukan kepada badan risikan Amerika Syarikat terbabit. 

WikiLeaks berkata, data itu menunjukkan CIA kini sudah menyaingi kemampuan Agensi Keselamatan Nasional (NSA), iaitu sebuah badan risikan elektronik kerajaan Amerika Syarikat dalam perang siber pada peringkat antarabangsa. 

Arkib menunjukkan CIA memanfaatkan kelemahan pada perkakasan dan sistem perisian, termasuk yang dibuat oleh syarikat Amerika Syarikat tanpa mendedahkan apakah kelemahan itu. 

Menurut WikiLeaks, beberapa dokumen menunjukkan CIA sudah mencipta 1,000 sistem perisian hasad atau 'malware' termasuk virus, trojan dan perisian lain yang mampu menyusup dan mengambil alih kawalan dalam peranti elektronik persendirian. - AFP/BH Oline




Tiada ulasan:

Catat Ulasan