![]() |
| Di bandar Chongqing, landasan monorail dibina melalui bahagian dalam bangunan kediaman |
![]() |
| Stesen monorail dibina di tingkat enam hingga lapan bangunan ini |
![]() |
| Bandar Chongqing merupakan kawasan yang padat didiami penduduk |
Kepadatan penduduk yang mendiami Bandar Chongqing di tenggara China telah mendorong pihak perancang bandarnya menjadi lebih kreatif.
Hasilnya, sebuah landasan tren monorail telah dibina melalui ruang di sebuah bangunan apartmen 19 tingkat di bandar tersebut.
Manakala stesen dibina di tingkat enam hingga lapan di dalam blok rumah-rumah berkenaan, bagi memudahkan penduduknya menaiki tren itu.
Walaupun mereka tinggal berhampiran stesen kereta api yang sibuk, namun peralatan khas telah dipasang bagi mencegah bunyi yang kurang menyenangkan penduduknya.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, mencari ruang untuk membina jalan raya dan landasan adalah perkara yang sangat sukar di bandar itu.
Bandar pelabuhan Chongqing adalah salah satu daripada empat majlis perbandaran di China dan terletak di sepanjang tebing sungai Yangtze.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan