"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 4 Mac 2017

Buaya Masuk Padang Golf






MIAMI: Sebuah keluarga yang sibuk bermain golf di sebuah kelab di sini, terkejut dan bergegas mencari perlindungan apabila seekor buaya merangkak melintasi padang sambil menggigit ikan besar. 

Kejadian itu pada Khamis menyebabkan seorang wanita melemparkan kayu golf miliknya ke udara, sebelum melarikan diri. 

Ahli keluarga wanita itu, Norma Respress, yang turut berada di lokasi kejadian sempat merakamkan insiden itu. 

Bagaimanapun, reptilia ganas berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan reaksi pemain, sebaliknya terus berlalu sambil menggigit ikan. 

"Ia mengagumkan. Ia sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Wow. Rakaman yang menarik! Ia menggigit ikan! Mengagumkan!" kata Respress menerusi video rakamannya. 

Dalam pada itu, buaya besar itu kemudiannya dilihat menuju ke kawasan perairan berhampiran, sebelum menyelam untuk menikmati 'hidangan tengah harinya dengan aman'. 

"Saya pernah melihat buaya sebelum ini tetapi bukan seperti ini," kata Repress kepada saluran berita Florida, WFTS. 

Pertembungan antara buaya dan manusia dilaporkan kerap berlaku di Florida yang dianggarkan memiliki kira-kira 1.3 juta reptilia itu. 

Pada Januari lalu, sekumpulan pelancong menjerit ketakutan apabila seekor buaya merangkak memasuki bot mereka. - Berita Harian Online/RUSSIA TODAY



Tiada ulasan:

Catat Ulasan