![]() |
| Tidak terdapat bukti untuk menyokong dakwaan Trump bahawa talian telefonnya diintip |
| Pembantu Kanan White House, Kellyanne Conway mengesahkan hal tersebut |
![]() |
| Mantan Presiden Barack Obama dituduh mengarahkan pengintipan talian telefon Donald Trump |
![]() |
| Pentadbiran Trump semakin tertekan untuk mengemukakan bukti berlaku pengintipan telefon di Trump Tower |
WASHINGTON - Pembantu kanan Rumah Putih, Kellyanne Conway hari ini berkata, beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan Donald Trump bahawa bekas presiden sebelumnya mengintip beliau, selepas mencadangkan majikannya mungkin diintip menggunakan kaedah lain.
Pentadbiran Trump semakin tertekan untuk menyediakan bukti yang menyokong dakwaan tidak berasas presiden bahawa Barack Obama mengarahkan telefon di Trump Tower diintip ketika kempen pilihan raya lalu.
"Saya tidak mempunyai sebarang bukti dan saya amat gembira kerana Jawatankuasa Perisikan sedang menyiasat," kata Conway kepada televisyen ABC.
Pembantu kanan presiden itu ditekan untuk menjelaskan kenyataan hujung minggu lalu yang seolah-olah mencadangkan bahawa pentadbiran Obama mengarahkan pengawasan besar-besaran ke atas majikannya.
"Apa yang boleh saya katakan ialah ada banyak cara untuk mengintip satu sama lain," kata Conway kepada New Jersey Bergen County Record dalam satu temu bual yang disiarkan semalam.
"Anda boleh mengintip seseorang melalui telefon mereka dan semestinya melalui set televisyen mereka, banyak cara, termasuk ketuhar gelombang mikro yang boleh bertukar menjadi kamera," katanya kepada akhbar itu.
Obama, melalui seorang jurucakap dan pengarah perisikan kebangsaannya, James Clapper menafikan mengeluarkan sebarang arahan operasi pengintipan menyasarkan Trump. - AFP/BH Online



Tiada ulasan:
Catat Ulasan