"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 14 Mac 2017

Trump Dermakan Gajinya Setahun

Presiden Donald Trump akan mendermakan gaji tahunannya kepada badan amalpada akhir tahun ini

Rancangan Presiden Trump itu diumumkan oleh jurucakapnya, Sean Spicer semalam

WASHINGTON - Presiden Donald Trump akan menderma gaji tahunannya sebagai presiden sebanyak AS$400,000 (RM1.8 juta) kepada badan amal menjelang akhir tahun ini, kata jurucakap, Sean Spicer, semalam, malah meminta media yang sering mengkritiknya membantunya berbuat demikian. 


"Presiden berhasrat mendermakan pendapatannya pada akhir tahun ini. Beliau sudah berikrar kepada rakyat Amerika," kata Spicer kepada pemberita pada taklimat hariannya. 

"Beliau meminta anda semua membantu memastikan sumbangannya dimanfaatkan," katanya lagi, satu kenyataan yang agak luar biasa dari Rumah Putih yang sebelum ini sentiasa mengeluarkan kenyataan keras terhadap media. 

"Cara itu boleh mengelakkan daripada kritikan kerana pihak akhbar akan menentukan bagaimana wang itu disalurkan," kata Spicer secara berjenaka, mungkin merujuk kepada penelitian media terhadap sumbangan Trump sebelum ini. 

Ketika kempen presiden tahun lalu, jutawan itu beberapa kali memberitahu beliau tidak merancang untuk mengambil gaji, sebaliknya hanya menyimpan satu dolar. 

Presiden sebelumnya, Herbert Hoover dan John F Kennedy pernah menyumbangkan gaji mereka sebagai presiden kepada badan amal. - AFP/BH Online




Tiada ulasan:

Catat Ulasan