"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 9 Mac 2017

Pengganas Daesh Serang Hospital Tentera Afghanistan

Kumpulan militan Daesh mengaku menyerang sebuah hospital tentera di Kabul semalam 

Lokasi hospital tentera yang diserang militan Daesh semalam tidak jauh dari lokasi Kedutaan AS

Pasukan keselamatan menutup kawasan hospital berkenaan 

Anggota komando Afghanistan tiba di tempat kejadian

Helikopter tentera Afghanistan turut terlibat dalam operasi menentang pengganas Daesh 

Bunyi letupan dapat didengar dan kepulan asap dapat dilihat dari arah bangunan hospital 

Penduduk Kabul memerhatikan dari jauh pasukan keselamatan Afghanistan menggempur pengganas Daesh



KABUL – Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab menye­rang sebuah hospital tentera di Kabul semalam yang menyaksikan lelaki-lelaki bersenjata berpakaian seperti doktor, menyelinap masuk ke dalam fasiliti itu dan bertempur dengan pasukan keselamatan selama beberapa jam.

Beberapa pegawai keselamatan berkata, serangan bermula apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di belakang Hospital Sardar Mohammad Daud Khan yang menempatkan 400 katil diikuti sekurang-kurangnya tiga penye­rang bersenjatakan raifal dan bom tangan memasuki hospital berkenaan.

Mereka yang memakai seragam doktor itu kemudian menawan tingkat atas hospital berkenaan dan bertempur de­ngan pasukan khas yang dikerah ke lokasi kejadian.

Pasukan keselamatan bertindak menutup kawasan sekitar hospital itu yang terletak berhampiran sebuah persimpangan di Kabul.

Ketika serangan, kedengaran letupan kedua daripada bangunan hospital itu.

“Pasukan kami berada di sana dan berlaku pertempuran se­ngit.

“Lebih 38 orang terbunuh dan kira-kira 70 yang lain cedera.

“Kebanyakan mangsa merupakan pesakit, doktor dan jururawat,” kata jurucakap kementerian pertahanan, Dawlat Waziri.

Jurucakap menteri dalam ne­geri, Sediq Sediqqi pula berkata, penyerang-penyerang itu terbunuh dalam pertempuran yang berlanjutan selama enam jam.

Menurut seorang jurucakap kementerian kesihatan awam, mangsa yang cedera telah dibawa ke beberapa hospital lain.

Kumpulan militan Taliban menafikan terlibat dalam serangan tersebut. Sebaliknya, militan Daesh melalui kenyataan di laman medianya, Agensi Berita Amaq mengaku bahawa anggota-anggotanya telah menyerang hospital berkenaan. – Reuters/Kosmo! Online



Tiada ulasan:

Catat Ulasan