"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 5 Mac 2017

Obama Nafi Arah Pantau Warga AS

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak pernah mengarahkan pemantauan mana-mana rakyat negara itu

Penafian Obama disampaikan oleh jurucakapnya, Kevin Lewis 

Penafian itu sebagai menjawab tuduhan Presiden Donald Trump bahawa Obama memintas perbualannya tahun lalu

Presiden Trump melemparkan tuduhan tersebut melalui tweeter

Trump mendakwa perbualan telefonnya di Trump Tower diintip pada tahun lalu



WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak pernah mengarahkan pemantauan mana-mana rakyat Amerika Syarikat, kata jurucakapnya, Kevin Lewis hari ini. 

Penafian itu bagi membalas tuduhan Presiden Donald Trump bahawa Obama memintas perbualan telefon hartawan itu, ketika kempen pilihan raya, tahun lalu. 

"Presiden Obama atau mana-mana pegawai rasmi Rumah Putih tidak pernah mengarahkan pemantauan ke atas mana-mana rakyat Amerika Syarikat, " kata jurucakapnya dalam kenyataan. AFP/BH Online



Tiada ulasan:

Catat Ulasan