"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 3 Mac 2017

Tikus Punca Penerbangan Lewat Empat Jam

Kelibat tikus yang dilihat oleh anak kapal menyebabkan pesawat ini terlewat empat jam. Foto: AP
Walaupun tertangguh selama empat jam namun para penumpang gembira berada dalam pesawat tanpa tikus




SAN FRANCISCO - Kelibat seekor tikus menyebabkan syarikat British Airways terpaksa menangguhkan penerbangan dari London ke Los Angeles selama empat jam. 

Ketika kejadian, penumpang yang berada di dalam pesawat sudah memasang tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk pelepasan, sebelum anak kapal memaklumkan bahawa terdapat seekor tikus dalam pesawat, menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan penerbangan. 

Bagi menenangkan penumpang, anak kapal berkata dengan niat berjenaka bahawa tikus tidak boleh memasuki ruang udara Amerika Syarikat tanpa pasport, dan memberitahu penumpang mereka perlukan kapal terbang baharu.


Berikutan itu, penerbangan terpaksa ditangguhkan selama empat jam. Ketika memberitahu stesen KGO-TV setibanya mereka di San Francisco, kebanyakan penumpang meluahkan rasa gembira mereka kerana berada dalam pesawat yang bebas tikus, kerana haiwan itu mampu makan apa sahaja di dalam pesawat. 

Sementara itu, syarikat penerbangan British Airways mengemukakan permohonan maaf, dan berpuas hati bahawa hanya 'manusia' berada di dalam pesawat ketika ia berlepas. - AP/BH Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan