"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 1 Mac 2017

Trump Beli Kereta Limo Baru

Gambar yang menunjukkan kereta limousin baru (tengah) untuk Presiden Trump dalam persiapan akhir

Dipercayai, kereta limo yang baru sepatutnya digunakan semasa perlantikan presiden

Berdasarkan gambar ini, Presiden Trump menggunakan limo model lama semasa perlantikannya pada Januari lalu



Terdapat satu gambar yang menunjukkan kereta perisai limousin baru untuk Presiden Trump dalam peringkat akhir pembinaan.


Syarikat General Motors telah memenangi kontrak bernilai U$15.8 juta untuk membina kereta limo presiden yang baru, yang sepatutnya digunakan semasa hari perlantikan presiden. 


Bagaimanapun kereta baru itu hanya akan digunakan pada hujung bulan Mac ini.

Gambar yang dikeluarkan baru-baru menunjukkan prototaip penyamaran yang akan melalui ujian.

Di dalam gambar tersebut, kereta limousin gaya sedan yang digelar 'The Beast' diletakkan di antara dua kereta SUV, tetapi kelihatan lebih besar daripada kedua-duanya.

Dijangkakan limousin ini dibina menggunakan casis trak sederhana atau tugas berat. Namun tidak diketahui sama ada jangkaan ini tepat atau salah kerana ianya merupakan rahsia negara.

Walau bagaimanapun, kereta The Beast sebelum ini dipercayai mampu menghadapi serangan senjata balistik, IED dan serangan senjata kimia, serta dilengkapi dengan peralatan komunikasi dan peralatan perubatan untuk kecemasan.

Selain itu, tidak jelas jenis enjin yang digunakan oleh kereta tersebut, tetapi besar kemungkinan enjin diesel.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan