"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 1 Mac 2017

Tren ETS Ipoh-KL Langgar Biawak Tergendala

Bahagian hadapan koc rosak selepas terlanggar biawak

Stesen Ipoh


Tren ETS siap untuk bertolak ke KL Sentral

Tren ETS selamat tiba di KL Sentral



IPOH - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur tergendala sembilan minit selepas terlanggar seekor biawak di Kilometer 185.75 dekat sini pagi tadi. 

Kejadian pada jam 9.20 itu berlaku ketika ETS berada antara Lahat ke Batu Gajah, dekat sini. 

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kira-kira 100 penumpang berada dalam tren berkenaan ketika kejadian berlaku, namun tiada sebarang pemindahan penumpang dilakukan. 

Katanya, susulan pelanggaran itu, tren berkenaan yang mengalami kelewatan selama sembilan minit meneruskan semula perjalanan selepas itu ke KL Sentral. 

"Tren mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan koc selepas dipercayai melanggar biawak berkenaan. 

"Tiada masalah lain dialami, tren kemudian meneruskan perjalanan dan selamat sampai ke KL Sentral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Berita Harian Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan