![]() |
| Penyokong Trump berperisai sedang membelasah penyokong anti-Trump |
![]() |
| Penyokong Trump bersedia untuk bertempur dengan penyokong anti-Trump |
![]() |
| Kumpulan anti-Trump (kiri) dan penyokong Trump (kanan) berebut bendera AS |
![]() |
| Seorang penyokong anti-Trump berlari selepas merampas topi seorang penyokong Trump |
![]() |
| Seorang penyokong Trump sedang menyembur lada kepada penyokong anti-Trump |
![]() |
| Polis anti-rusuhan bertindak meleraikan pertempuran kumpulan anti-Trump dan pro-Trump |
WASHINGTON – Kumpulan penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertempur dengan penunjuk perasaan yang menentang beliau di bandar Berkeley California kelmarin.
Rusuhan berlaku di sebuah taman di Berkeley, dekat San Francisco apabila kedua-dua penunjuk perasaan bergaduh menggunakan kayu, manakala beberapa penyokong Trump turut menyembur semburan lada sambil diperhatikan polis antirusuhan.
Jurucakap polis tempatan, Byron White berkata, kumpulan penyokong dan penentang Trump di Berkeley dianggarkan masing-masing berjumlah 200 dan 300 orang.
Jurucakap polis tempatan, Byron White berkata, kumpulan penyokong dan penentang Trump di Berkeley dianggarkan masing-masing berjumlah 200 dan 300 orang.
“Tiga orang cedera dalam pergaduhan ini termasuk seorang penunjuk perasaan yang giginya tercabut dengan polis membuat lima tangkapan,” katanya.
Seorang penyokong Trump yang terlibat dalam pergaduhan itu datang dengan memakai topeng gas dan membawa belantan serta perisai tertera bendera AS.
Menurut White, polis telah bertindak untuk meleraikan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
Selain Berkeley, pergaduhan kecil turut berlaku di kawasan-kawasan lain di AS kelmarin.
Di Minnesota, seramai 400 penyokong Trump berkumpul di bangunan pentadbiran negeri di St.Paul dan bertembung dengan kumpulan kecil penunjuk perasaan anti-Trump, lapor akhbar Star Tribune.
Akhbar sama melaporkan, pergaduhan telah tercetus, dengan enam penunjuk perasaan anti-Trump ditangkap.
Kebanyakan tunjuk perasaan pada hari tersebut bagaimanapun berlangsung tanpa sebarang gangguan atau keganasan seperti di luar dewan negeri Michigan di Lansing.
“Mengapa ada orang kecewa dengan tindakan Trump mengembalikan peluang pekerjaan kepada rakyat? Beliau juga berjanji akan melindungi sempadan kita dan inilah yang beliau lakukan,” kata Meshawn Maddock, salah seorang penganjur demonstrasi pro-Trump di Lansing yang disertai sekitar 200 orang.
Brandon Blanchard, 24, yang menyertai sekumpulan kecil penunjuk perasaan anti-Trump juga di Langsing berkata, dia hadir untuk menyokong golongan imigran, orang Islam dan individu transgender yang menjadi mangsa retorik serta dasar negatif Trump.
“Saya merasakan bahawa setiap warga AS yang mengundi Trump telah ditipu,” katanya. – Reuters/Kosmo! Online






Tiada ulasan:
Catat Ulasan