![]() |
| Bekas Presiden Amerika Syarikat dari Republikan, George W Bush, mengkritik Donald Trump semalam |
![]() |
| Bush bercakap dalam program 'Today' terbitan NBC. |
![]() |
| Trump berulang kali menggelar media sebagai 'berita palsu.' |
![]() |
| Bush menolak dakwaan Trump bahawa media adalah 'musuh rakyat AS |
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat dari Republikan, George W Bush, mengkritik Donald Trump semalam, dalam komen terbuka berkaitan politik dan media yang jarang dilakukannya terhadap presiden baharu itu.
Presiden ke-43 Amerika Syarikat (AS) itu, yang pernah terbabit dalam pergelutan dengan media ketika mentadbir, menolak dakwaan Trump bahawa media adalah 'musuh rakyat AS.'
"Saya menganggap media amat penting kepada demokrasi. Kita memerlukan media untuk mengetahui penilaian orang ramai seperti saya," kata Bush kepada program 'Today' terbitan NBC.
Kenyataan kesat Trump dikritik sebagai diktator, namun media kekal sebagai 'pesalah' dalam kalangan penyokongnya.
Di tengah gelombang kebocoran daripada Rumah Putih dan laporan siasatan terhadap kaitan kempennya dengan Russia, Trump berulang kali menggelar media sebagai 'berita palsu.'
Pembantu berpengaruh Trump, Steve Bannon gemar merujuk media sebagai 'parti pembangkang.'
Bush memberi tindak balas sentimen itu dengan mengatakan, 'kuasa boleh menjadi sesuatu yang sangat ketagih dan adalah penting kepada media menggesa mempertanggungjawabkan individu yang menyalah guna kuasa.'
Bush juga menyifatkan komen Trump sebagai merendah-rendahkan usaha mempromosi demokrasi dan kebebasan media di luar negara. - Berita Harian Online/AFP




Tiada ulasan:
Catat Ulasan