"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 2 Mac 2017

Raja Salman Lawat Indonesia

Pesawat yang membawa Raja Salman mendarat di Lapangan Terbang Halim, Jakaeta

Raja Salman meneruskan lawatan ke Indonesia selepas melawat Malaysia

Lawatan Raja Salman adalah yang pertama oleh raja Arab Saudi dalam tempoh hampir 50 tahun

Raja Salman dan Presiden Jokowi tiba di Istana Bogor ketika hujan lebat

Raja Salman bersama Presiden Joko Widodo

Murid-murid sekolah bersama guru mereka mengibarkan bendera Arab Saudi dan Indonesia di poerkarangan Istana Bogor

Raja Salman menandatangani buku pelawat di Istana Presiden

JAKARTA – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memulakan lawatan ke Indonesia semalam bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dengan negara paling ramai umat Islam itu.

Lawatan baginda adalah yang pertama oleh raja Arab Saudi dalam tempoh hampir 50 tahun.

Raja Salman disambut oleh Presiden Joko Widodo atau lebih popular sebagai Jokowi dan perbarisan kehormat selepas baginda turun daripada pesawat rasminya di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta.

Baginda diiringi kira-kira 1,000 orang termasuk barisan putera dan menteri Arab Saudi.

Hampir 460 tan peralatan termasuk beberapa buah limosin Mercedes dan eskalator untuk Raja Salman turun dari pesawatnya turut diterbangkan bagi lawatan itu.

Kebanyakan peralatan dibawa ke pulau peranginan Bali di mana baginda akan bercuti selepas melawat Jakarta.

Lawatan semalam adalah yang pertama oleh raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun dan antara yang menjadi tumpuan dalam siri lawatan baginda ke Asia.

Rantau Asia kini mencari peluang pelaburan di Arab Saudi ketika negara pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba mempelbagaikan ekonominya.

“Ini merupakan lawatan yang sangat bersejarah buat kami,” media tempatan memetik Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung sebagai berkata sebelum ketibaan Raja Salman.

Baginda akan mengadakan perbincangan dengan Jokowi di kediaman rasmi Presiden Indonesia di Bogor, luar kota raya Jakarta dan dijangka memberi ucapan di Parlimen hari ini.

Antara agenda sepanjang lawatan tiga hari baginda ke Jakarta termasuk memuktamadkan perjanjian perniagaan dan memeterai memorandum kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan kesihatan.

Indonesia juga akan memohon kelulusan Raja Salman untuk menghantar lebih ramai jemaah ke kota suci Mekah.

Selain Jakarta Raja Salman akan meluangkan masa beberapa hari di Bali dengan keluarga diraja itu dan rombongannya akan menetap di hotel mewah lima bintang.

Baginda yang memulakan lawatan tiga minggu ke Asia, tiba di Malaysia awal minggu ini dan dijangka meneruskan lawatan ke Jepun, China dan Maldives. – AFP/Kosmo Online



Tiada ulasan:

Catat Ulasan