"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 13 Mac 2017

Presiden Brazil Tinggalkan Istana Berhantu

Presiden Brazil, Michel Temen terpaksa berpindah dari Istana Alvorada ke istana lebih kecil

Presiden Michel Temen bersama isterinya

Arkitek Brazil, Oscar Niemayer bertanggungjawab melukis plan pembinaan Istana Alvorada

Presiden bersama pasukan pengawal Istana - Foto Wikipedia

Istana Alvorada semasa dalam pembinaan pada tahun 1957-1958. Foto Wikipedia

Istana Alvorado semasa dalam pembaikan pada tahun 2006 - Foto Wikipedia

Dewan Bangkuasi Istana Alvorado - Foto Wikipedia

Dewan Tamu Istana Alvorado - Foto Wikipedia

Dewan Makan Istana Alvorado - Foto Wikipedia


RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Michel Temer menyalahkan nasib malang dan malah hantu kerana menyebabkannya terpaksa berpindah daripada kediaman rasmi di ibu kota Brasilia. 


Akhbar mingguan Brazil, Veja melaporkan semalam, Temer mengejutkan kalangan pemerhati politik minggu ini dengan pendedahan beliau terpaksa keluar dari Alvorada Palace ke kediaman lebih kecil naib presiden bersama isterinya, bekas ratu cantik dan anak lelaki mereka. 

Alvorada, bermaksud dinihari, direka arkitek tempatan Oscar Niemeyer, adalah kediaman impian dengan kolam renang besar, padang bola sepak, gereja kecil, pusat perubatan dan laman besar. 

Namun Temer, 76, dan isterinya, Marcela, 33, bersama anak lelaki tujuh tahun mereka mendapati, kediaman besar dengan sebahagian besarnya kaca itu berhantu. 

"Saya merasa sesuatu yang pelik di sana. Saya tidak dapat tidur sejak malam pertama berpindah. Tenaga di rumah itu tidak bagus. 

"Marcela juga merasakan perkara sama. Hanya Michelzinho (anak lelaki), berlari dari hujung ke hujung, menyukainya. 

"Kami sendiri tertanya-tanya, adakah kediaman ini berhantu," kata Temer dilaporkan berkata kepada Veja. 

Menurut laporan akhbar Globo, malah Marcela membawa paderi dalam cubaan mengusir roh jahat, namun tidak berjaya. Keluarga pertama itu kemudian berpindah ke kediaman mewah berhampiran namun lebih kecil, Jaburu Palace. - AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan