"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 2 Mac 2017

Obama dan Isteri Bakal Kaya-raya

Barack Obama dan isterinya bakal menjadi kaya-raya selepas penerbitan memoir mereka bernilai U$60 juta (RM267 juta)

Obama memegang jawatan Presiden AS dari 2009 - 2017

Obama ketika bercuti selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Presiden AS selama 8 tahun


WASHINGTON - Penerbit berpangkalan di New York, Penguin Random House berjaya memenangi kontrak yang menjadi rebutan industri buku, menghasilkan memoir bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Wanita Pertama, Michelle Obama. 

"Syarikat memperoleh hak penerbitan dunia untuk dua buku yang akan ditulis oleh Obama dan isteri, " kata penerbit dalam kenyataan. 

Syarat perjanjian itu tidak didedahkan tetapi bidaan dua buku berprofil tinggi mencecah AS$60 juta (RM267juta), jumlah yang direkodkan untuk memoir Presiden AS, berdasarkan Financial Times. 

Perjanjian itu dirundingkan oleh peguam hebat Washington, Robert Barnett yang pernah mewakili bekas Presiden, George W Bush dan Bill Clinton. 

Sebagai sebahagian daripada perjanjian "syarikat akan memberikan sumbangan sebanyak sejuta buku di bawah nama keluarga Obama kepada First Book, " kata Penerbit Penguin. 

Obama menghasilkan dua memoir dan satu buku kanak-kanak. 

Beliau sering mengisytiharkan diri memiliki 'daya kepekaan pengarang' dan berkata sebelum ini bahawa tidak mahu menulis catatan konvensional mengenai tempohnya menduduki Rumah Putih. 

Memoir Michelle juga akan menjadi karya yang ditunggu-tunggu. 

Keturunan hamba, beliau menjadi Afrika-Amerika pertama yang bergelar Wanita Pertama dan memperoleh penarafan sokongan yang tinggi. 

"Pihak kami berharap dapat bekerjasama dengan Presiden dan isteri untuk menjadikan buku mereka sebagai acara penerbitan global yang belum pernah berlaku sebelum ini serta signifikannya, " kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguin Random House, Markus Dohle. - AFP/BH Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan